Wednesday, October 14, 2015

Korea Autumn Trip - Part 1

As salam semua,

Nak sangat update blog tapi kekangan masa yang hebat mengatasi....plus, kekangan takde internet kat rumah pun mempengaruhi....lagi besar impaknya...sebelum terlupa dengan segala trip kali ni da almost setahun pergi ni baru nak update..takut lupa je nama2 tempat tu....

Since Airasia X rescheduled flight kami ke Korea, jadi kami berdua sepakat untuk meng"awal"kan tiket kami dari jam 7lbh pagi kami berlepas jam 1pagi kalau tak silap dari KLIA2 pada 2hb November lepas...Memandangkan hari Sabtu, 1hb November aku ada seminar yang kena hadir di Petronas Resources Centre, KLCC, actually it was a part of our assignment untuk subjeck Global Business... alhamdulillah, all went well..bila jam almost pukul 2pm tu, hati dah berdebar-debar..sempat ke tak nak last packing before bergerak ke airport... alhamdulillah, jam 3,30pm berjaya menamatkan sesi post mortem meeting..kemas-kemas...terus turun sebab En Hubby dah tunggu kat bawah..patutnya ada lagi satu jemputan house warming jugak hari yang sama, tapi akibat kekangan masa yang sangat kritikal tak dapat join house warming rumah kak Fizza...sorry kak, nnt raya kalau akak jemput kite datang ye?...


We reached home around 5pm, masa tu la rushing to do laundry, kemas rumah dan dapur....do a last minutes packing....then we decided to meet our angels kakak Syafiqah, abang Irfan dan Princess mummy Qaisara Hannani dekat rumah nenda...Luckily, our house distance dengan rumah mama tak jauh...take like 5-10minutes je...we spent about 45 minutes there nanti ada yang rindu merindu mummy nak bercuti ke Korea ni kan...so exactly around pukul 7pm kami dah ada kat rumah balik..kami nak gerak ke airport selepas maghrib or paling lewat pukul 8pm...gerak awal, sampai airport awal, boleh tidur dulu sementara tunggu boarding...layan la gambar boring Mr Hubby kat boarding area...excited tu g Korea pn nak pakai tshirt Koera..kehkehkehkeh....



Kami drive dari umah ke Putrajaya Sentral, park kereta kat sana dan terus amel KLIA transit ke KLIA2...hanya beberapa stesen je kalau dari Putrajaya Sentral...kami sampai airport dalam jam 9lebih malam...jalan macam mak bonda ke tempat nak drop luggage... tengok pulak counter da boleh drop luggage, so, kite dropped luggage and mundar mandir lagi dalam airport....agak-agak da boring, around almost 11pm kite decided nak pegi borading area, boleh relax and take a nap kat situ sementara tunggu nak boarding kan....sampai kat pintu depart tu...orang masih tak ramai, cari port yang ada plug, duduk dan kita layan novel...nak tidur macam tak boleh tidur pulak....lama-lama..orang makin ramai, then around 12.30mlm da calling for boarding.....then bergerak la kami ke bumi Korea Selatan....

Perjalanan ambil masa dalam 6 jam 45 minit bergantung kepada pilot anda... masa pergi kami memang beli in flight breakfast..takut lapar...tapi naik je kapal terbang..mata pun layu...betul-betul tersedar bila jam 5.30pagi...stewardess nak serve breakfast...cantiknya permandangan dari awan yang nampak matahari terbit....



Kami sampai je die bumi Korea, baru je hujan airways pun basah je tengok..cuaca dalam 8'c...ok..birthday girl celebrate birthday kat Korea...haaaaa...perjalanan dari concourse ke main terminal agak jauh jugak sebab kena naik train yang paling lama tersangkut adalah di imegresen...kita kena isi form yang disediakan kecik ke size formnya.....kami terus cari toilet time tu..yesssss..toilet tiada air....gunakan akal anda kalau nak buat projek besar tu yeeee...

keluar dari luggage claim area kena isi lagi satu form declaration for customs...isi form submit kat officer dia waiting kat exit area...exit dari situ kami terus cari 7-eleven...sebab nak bli T-money kad and reload skali...exit dari kami keluar tu turn ke kiri..boleh nampak 7-eleven depan dia ada bangku untuk orang duduk-duduk..then kami terus keluar ke gate 5 untuk dapatkan bas ke Myeondong 6015....atau gate 11 keluar terus cari signboard untuk number bus..be punctual sebab orang Korea ni discipline tinggi..lambat je tinggal la kau...hehehe..tambang bus 10,000won seorang...duduk dalam bus kena pakai seatbelt ye..nanti driver bus datang check...tempat orang kita kena la akur dengan rules and regulationnye kan.. cara nak ke myeondong selain dari bus boleh naik express train, subway train dan taxi... paling murah subway train tapi memandangkan dengan beg segala bagai nak naik turun tukar-tukar line tak praktikal kate hubby..kite decided naik bus..direct ke Myeondong...
Ni la rupenye tiket bus tu...nanti driver bus akan masukkan luggage kite kat tempat simpan barang di bawah bas..kemudian driver akan bagi kite sticker warna pink tu..tuk tandakan kat beg kite satu, dia bagi kat kite 1..takut terambil beg orang lain nanti... perjalan dr Incheon International Airport ambil masa dalam 30-45minit bergantung kepada traffic.. permandangan pun indah je sepanjang perjalanan..cuaca masa ni da sejuk-sejuk je....damai je rase...di sebabkan excited..mata da ngantuk dalam bus tapi mata tak boleh nak lelap...excited jejak kaki ke bumi Korea....



                                         Sticker pink 1 lekat kat beg 1 lagi driver bagi kita...

 Sepanjang perjalanan dari Incheon ke Seoul kami dihidangkan dengan pokok-pokok yang hampir kesemua sudah bertukar warna..kekeuningan dan oren...cantik sangat...


Sampai sahaja ke tempat bustop, Sejong Hotel, kami jalan kaki menuju ke GuestHouse(GH), kami tinggal di Namsan Guesthouse 3 yang paling hampir dengan Pacific Hotel dan juga Myeondong Subway St. lebih kurang 10 min jalan kaki kami sampa di GH. Memandangkan waktu tu masih awal lebih kurang jam 11 pagi, kami dibenarkan untuk letak beg di lobi GH dan kami teruskan plan kami ke Namsagol Hanok Village. Nanti refer itinerary ye macam mane nak ke sini... So kami guna exit 3 untuk ke Namsagol Hanok Village...


Keluar dari exit 3, kena jalan kaki sikit dan cari signage ni... dari tanda ni kite kena ke kiri dan mendaki sikit...Dari simpang ni da nampak pintu gerbang Namsangol Hanok Village...sebenarnyr tak de apa yang menarik tapi sebab scenery dari sini boleh nampak Namsan Tower...dan kat sini jugak kite boleh tengok rumah tradisional orang Korea dan cuba permainan lama orang Korea.


 Dari tempat En Hubby berdiri da boleh nampak pintu gerbang Namsangol Hanok Village..cuaca pagi agak sejuk dan selepas hujan waktu ni..cuaca memang agak sejuk...walaupun matahari da memancar atas kepala....

Ok ini permandangan pintu gerbang Namsagol Hanok Village. Belakang tu nampak bangunan coklat tempat hubby berdiri tadi..



Area pintu masuk akan ada peta keseluruhan Namsagol Hanok Village...dan juga sejarah di sebalaik tempat ni...rajin boleh baca...kl tak rajin mari kite explore...


Ini permandangan dari Namsagol HanokVillage berlatar belakangkan Nqamsan Tower.....Cantik sebab daun da mula bertukar warna...ada orang kata waktu kami pegi ni waktu yg terbaik sekali untuk menikmati musim autumn... rezeki birthday girl..hehehehehe...



Ini salah satu permainan tradisional yang boleh pengunjung cuba...it was fun dan benda baru untuk kitea cuba belajar mengenai budaya dan adat Korea...ramai juga orang yang berkunjung ke sini di waktu ini..







Pokok merah yang pertama kami jumpa secara live di bumi Korea... tak terkata cantiknya ciptaan Allah S.W.T




Maafkan rupa yang tak senonoh tu ye? Ini di antara makanan Korea yang kami cuba... namanye Bungeoppang...iaitu Bung'eo nama sejenis ikan iaitu Carracius, manakala -ppang membawa maksud roti...berintikan kacang merah yang dibakar menggunakan pembakar yang berbentuk ikan...kebanyakan dijual di kaki lima dan stall-stall kecil.. rasanya sedap dan enak dimakan di waktu sejuk..boleh panaskan badan...harga 1,000won untuk 2 keping.. kami makan Bungeoppang untuk alas perut sementara menanti waktu lunch.. 

Selepas tamat aktiviti explorasi di Namsagol Hanok Village kami ke Gyeongbokgung Palace...perjalanan sehala dari Chungmuro St kami amek Line 3 untuk ke station Gyeongbokgung... 





Waktu kami sampai adalah waktu pertukaran pengaawal istana..just nice to be there... kami tunggu around 10min before start...untuk masuk ke palace ini ada dikenakan bayaran..nanti boleh try check..kami da tak ingat berapa admission tiket...



Angin pun bertiup kencang time ni...sejuk..haih...rindu Korea...heheheh


Dari Gyeongbokgung Palace kami ke Insadong.... Insadong ni macam ala2 Central Market kite...banyak menjual barang-barang yang berunsurkan budaya...tapi bukan hanya setakat itu, Insadong ada kedai beg 10,000 won..murah!..beg sekolah anak-anak saya beli kat sini..alhamdulillah masih bertahan menggalas buku-buku sekolah budak-budak.. Selain dari tu, saya ada beli tshirt Korea berbeza kualiti dari di Namdaemun market....semestinya harga pun berbeza.. di Insadong ada kedai souvenir yang menjual pelbagai barang-barang dan ada juga peniaga yang boleh bercakap melayu...tapi tak begitu fasih....



Selepas habis meronda street di Insadong kami mencari bangunan di mana Trick Eye Museum berada... tak ada dalam itinerary tapi kami berjaya slot it kan aktiviti ini.... lupa pulak nama bangunan tu..tapi macam shopping mall yang kecik...kena beli tiket di atas dan kalau boleh download siap-siap discount coupon..boleh berjimat....


On the way nak turun ke Trick Eye ni..kami melalui section di mana banyak aktiviti seni macam ni...


Kena turun kebawah, dan ini tangga yang mesti anda lalu untuk ke Trick Eye ini...agak besar dan puas hati...tapi kami juga ke Trick Eye Museum di Hongdae jugak...berbeza pengalaman yang pasti mesti kena masuk dalam list..







Selepas habis melawat Insadon lami bergerak pulang ke GH, hari pun dan petang..kami pulang ke GH dan check-in..selepas makan dan melepaskan lelah..kami teruskan perjalanan ke Namsan Tower..waktu time ni lebih kurang 4/5 petang...untuk ke Namsan Tower dr GH kami sangat dekat cuma perjalanan agak mendaki dan memang mencabar kaki....hri makin lewat petang, cuaca makin menurun..


 Perjalanan dari GH mengambil masa 15 minit bergantung kepada speed kaki...heheheh...lewat petang angin pun agak kuat...selsema pun datang...jalan ini akan bawa anda ke cable car St...



Turun dari Namsan Tower kami terus menuju ke Myeondong..... hahahaha.....panaskan mata untuk bershopping nanti...




Kami berjalan kaki dari Myeondong ke Lotte Shopping Complex... jarak dalam 15min berjalan kaki...mula-mula kami agak sesat..tapi jangan risau..sewaktu di Korea jika anda terserempak dengan orang yang memakai baju merah dan mempunyai tanda i di baju atau topi mereka merupakan information people yang akan membantu anda dengan memberi penerangan dan maps...mereka fasih berbahasa inggeris dan mudah untuk difahami...sepanjang waktu kami di Korea boleh dikatakan mereka ini sangat membantu...

Gambar ni diambil sewaktu kami nk bergerak pulang dari Lotte shoping complex menuju je Myeondong dan GH... Jika anda berminat untuk shopping di sini, anda boleh download discount coupon hanya untuk tourist sahaja dan sewaktu pembelian anda dikehendaki menunjukkan passport.. baru boleh enjoy the discount~!!.. tapi barang yang anda beli hanya boleh collect di airport iaitu selepas anda check in dan drop luggage...salesgirl akan berikan anda template lokasi di mana anda boleh collect brg yang anda beli..selain dari tu setiap yang anda beli di korea dan entitle untuk tak clain jangan lupe untuk simpan resit dan jugak boleh bertanya kepada salesgirl..sebab, couter tax bukan hanya di airport taapi ada juga di tempat lain..sebagai conton, saya ada beli barang-barang kosmetik yang boleh buat tax claim..salesgirl akan bagi form, resit dan template untuk kita isi dan serahkan di counter tax untuk dapatkan pulangan duit...saya buat semua ini di area Myeondong sahaja...dan kebanyak barang yang saya beli dari company yang sama...macam mana nak check? Saya mintak list dari salesgirl kedai-kedai yang mempunyai company yang sama....kerana setiap kedai/company ini akan appoint 1 tax agent untuk uruskan tak claim dari tourist...jadi nak jimat masa dan tenaga..ini yang saya lakukan..saya ambil masa satu hari untuk shopping di Myeondong sahaja dan terus buat tax claim...tapi make sure anda da surveyed dan da ada list...saya bagi list kepasa salesgirl mereka cari semua barang yang saya nak...hehehehehe...

Selepas habis berjalan sampai ke Lotte, kami pulang ke Myeondong dan beli kebab Myeondong 5,000won...sedap dan recommend to sape-sape yang pergi ke Myeondong....ni la makan malam kami sehingga hari terakhir di Korea...

Panjangnye entry...nanti saya sambung buat entry untuk hari kedua....annyeong~~!!!